Ahad, 31 Januari 2010

Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris (The Comparative Study of Malay and English Language Teachers Teaching Style)

http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB%5B5%5D.pdf

Jurnal ini mengkaji tentang perbandingan gaya pengajaran guru bahasa melayu dan guru bahasa inggeris dalam proses pengajaran guru. Hasil kajian mendapati terdapat tiga gaya pengajaran yang kerap digunakan oleh guru bahasa, iaitu gaya model personal, gaya fasilitator dan gaya delegator. Selain itu kajian juga dilakukan untuk melihat gaya pengajaran gaya autoriti formal dan gaya pakar.

Gaya pengajaran model personal paling kerap atau popular disebabkan kelebihan gaya ini ialah mempercayai bahawa pengajaran haruslah dilakukan menggunakan contoh-contoh peribadi. Penggunaan contoh contoh peribadi ini mungkin menjadikan hubungan antara guru dengan murid menjadi lebih mesra sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

2 ulasan:

  1. Memang susah nak jadi seorang guru bahasa yang baik.Perlu ada banyak ilmu untuk berkongsi dengan pelajar.Terutama guru bahasa Inggeris.Bahasa ini merupakan bahasa asing bagi pelajar kita.Mereka perlu banyak pendedahan....

    BalasPadam
  2. Kajian tehadap perbandingan gaya pengajaran antara guru Bahasa Melayu dengan Guru Bahasa Inggeris ia adalah sangat baik kerana kedua-dua itu merupakan guru bahasa cuma yang beza adalah bahasa itu sendiri tapi dari personal guru tidaklah ada perbezaan yang ketara ini kerana mengikut kajian yang dijalan ini guru-guru menggunakan gaya yangberkait rapat dengan personal,begitu juga dari segi membawa pelajar mereka untuk mencapai apa yang ingin dari segi penguasaan dan personaliti pelajar.
    Kesimpulannya, antara guru bahasa ini dari segi gaya tidaklah ada perbezaan dan gaya pengajaran mereka.

    BalasPadam